Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Friday, November 7, 2008

LAKSA UTARA

Photobucket

Photobucket


Laksa sebungkus – direndam semalaman then bila nak makan baru rebus

KUAH LAKSA
1kg Ikan kembung or ikan selayang(lagi pekat lagi best tambah sikit) – siang ikan dan buang isi yang hitam kat belakang ikan tu ..kalau tak nanti akan bau hanyir

Ikan direbus bersama garam dan asam keeping..
Asingkan isi ikan n tulang. dan blend isi ikan, air rebusan jangan dibuang
Kemudian blend pula tulang ikan dan tapis masukkan dalam isi ikan.
Air secukupnya...garam n asam keping


BHN KISAR
2 biji Bawang besar
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 inci lengkuas
Belacan ikut suka
Cili kering pun ikut kepedasan masing
Cili padi sikit

Semua bahan di atas dikisar halus

BAHAN KUAH
4 batang Bunga kantan – Belah 2
50 sen Daun kesum
Asam Keping

Semua bahan di atas masukkan dalam kuah bersama bahan kisar

HIASAN
Telur rebus
Salad
Bwg besar - potong bulat
Limau kasturi
Cili padi - dipotong kecik2
Daun gajus

Laksa Utara


Bahan-bahan untuk Laksa Utara
Ikan kembung 1 kg (direbus).
- Laksa 1 bungkus (direbus).
- Cili kering 10 biji (dikisar).
- Belacan sebesar ibu jari.
- Garam secukup rasa.
- Bawang merah (dikisar).
- Bawang putih (dikisar)
- Bunga kantan. (dikisar)
- Daun kesum.
- Asam keping (ikut suka masam)
- 2 sudu besar otak udang

Bahan untuk ditabur di atas.

- Timun dipotong halus.
- Bawang besar dihiris separuh bulat.
- Cili padi di potong halus.
- Daun salad dipotong halus.
- Telur rebus
- Limau nipis (jika mahu)

Cara membuat
Ikan kembung yg direbus tadi di blend (ambil isinya). Masukkan bhn yg dikisar tadi dan isi ikan ke dalam air rebusan ikan. Masukkan belacan dan carik2kan bunga kantan sebagai tambahan. Masukkan daun kesum dan asam keping. Masak sampai mendidih. Jangan lupa masukkan garam.Kalau suka, masukkan otak udang. Kacau.

Nota Tambahan
Masukkan laksa yg direbus tadi ke dalam mangkuk.Hiaskan dgn timun, bwg besar, cili padi/merah,telur, limau dan daun salad. Sedia utk dihidangkan.

*Tulang2 ikan tadi boleh juga diblend asing dengan isi ikan.Setelah diblend, gunakan tapih utk menapih tulang ikan supaya tulang ikan tidak masuk sekali ke dalam kuah laksa.

No comments: