Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Monday, December 15, 2008

Hari Nie Yang Terlalu Sibuk

Hari nie memang sibuk sekali menguruskan rumah ku.....malam tadi ada tetamu ..sepupu bersama isteri dan 2 orang adik iparnya dari Mersing nak balik ke Langkawi ..so dia night stop semalam kat umah izan....pagi tadi jam 8.30am mereka dah bertolak ke Kuala Kedah....

So selepas siapkan bfast untuk mereka....izan buat nasi goreng aje ngan telur mata....nasi goreng buat 2 versi...coz sebab ada anak buah yang baru 2 tahun....

Selepas mereka bertolak ..apa lagi kemas umah lah...cuci apa yang patut...hari nie izan jadi macam housekeeping.....kemas 2 bilik tetamu....cuci cadar dan semuanya...

Malam nie ada tetamu lagi singgah bermalam kat rumah izan..sahabat baikku dari Labuan nak balik ke Kuantan.....jam 10.30pm baru tiba kat LCCT...dia naik teksi ke rumahku... Esok jam 6am kami hantar semula ke LCCT...coz flight dia ke Kuantan Jam 9am ...Alhamdulillah Murah Rezeki kalau orang selalu bertandang kat rumah kita.....

Tengah dok menaip nie ada tetamu kat bawah ..kawan seofis asben....izan dah siapkan air dan juadah minum petang....cepat cepat lari naik atas....

Ni baru sempat nak bertenet.....sementara nak mandi .....

No comments: