Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Sunday, January 18, 2009

Air Katira- Sumber Chef Norzailinas

Bahan untuk Sirap
(masak hingga gula larut)
2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan-bahan lain
½ cawan khatira
½ cawan biji selasih
10 biji kembang semangkuk
1 tin susu cair
6 – 8 cawan air masak

1. Untuk Khatira – direndam semalaman dan dibuang segala kotoran dan dibilas beberapa kali dengan air bersih dan ditoskan. Ketepikan.
2. Untuk Kembang Semangkuk – direndam semalaman, buang biji dan segala kotoran dan kulitnya. Ambil isinya dan bilas dengan air bersih beberapa kali dan ditoskan. Ketepikan.
3. Untuk Biji Selasih – direndam didalam air panas sehingga ia kembang dan toskan.
4. Masukkan khatira, isi kembang semangkuk dan biji selasih kedalam jug. Tuangkan susu cair dan sirap gula yang telah disediakan. Masukkan air masak, kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan beberapa ketulan air batu dan sedia untuk dihidang.

Tip: Jika anda ingin buat Air Khatira berwarna hijau, titikkan sedikit pewarna hijau dan boleh anda campurkan isi buah avocado kedalamnya. Untuk Air Khatira Bandung, boleh and gunakan Sirap Rose dan susu cair sama seperti kita buat Air Bandung. Anda boleh mendapatkan khatira di kedai orang India, ia juga dikenali dengan nama Karaya Gum. Kembang Semangkuk ada dijual di kedai sinseh

No comments: