Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, January 15, 2009

AWARD DARI FARAH

award from farah

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - daripada FARAH kawan baru dalam BLOG

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).


1. Baru menjadi seorang surirumah...pernah bekerja selama 14 tahun..pengalaman bersama.. MISC, J COMPUTER, Kementerian Pertanian, Jabatan Audit, dan OSC MPSJ...Seorang isteri kepada ATC dan belum menjadi mummy..Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada suami dan baru berjinak dengan homebaking......Enjoy bila di DAPUR.

2. Mencuba masakan baru adalah kegemaran ku....walau pun first time masak tak jadi tapi akan ku cuba lagi........PALING TAK SUKA...mencuba kuih tradisional...tak pernah menjadi...so dah tak minat lagi nak buat... kalau nak makan beli aja...kalau tak sedap tak payah beli lagi.

3. Suka memandu kereta.. kalau tak pegang stereng rasa GIAN lak...tapi tak suka jalanraya yang sesak... pilihanku mestilah hway......boleh tekan sampai 130kms..

4. Suka window shopping... kalau ada yang berkenan BELI aja lah....

5. Suka Pakaian yang simple... Jeans dan T...lebih selesa dari BLOUS....yang merimaskan...Suka menggosok pakaian kalau dapat seterika mesti semua baju nak diseterika ....SUKA kepada BATIK MALAYSIA...tapi AKU tak PANDAI PAKAi KAIN BATIK..bila pakai mesti terbarai...

6. Suka Melancong DALAM SEMENANJUNG dah semua negeri diterjah.......MELANCONG ke LUAR NEGARA belum mampu lagi...ALhamdulillah tapi sudah menjejak kan KAKI Ke MADINAH DAN MEKAH pada tahun 2005 bersama IBU, AYAH, SUAMI dan ADIK KU.

7. Seorang yang MUDAH MERAJUK (maklumlah aku cuma 2 beradik aja... adikku lelaki)dan JUGA KERAS HATI tapi pemurah...perasan lah pula.....

8. AGAK PENDIAM kepada orang yang tak dikenali... tapi kalau nak kenal SIAP LAH KAU.

9. Suka JALAN JALAN CARI MAKAN......mesti nak cuba tempat orang yang cakap kat SITU/SINI masakan sedap.... tapi KALAU TAK SEDAP....tak PI lagi.

10. ALHAMDULILLAH dan BERSYUKUR mendapat seorang SUAMI yang begitu memahami dan bertanggungjawab dan sporting...TERIMA kasih hubby tersayang.

1 comment:

mommy otai said...

waaaa sungguh mabeles la k.izann..yeyeahhhh..hehhe...tq
sudi siapkan tag farah ni ..
cayang akk..hehhee