Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Monday, January 19, 2009

DAGING GORENG GEREK - Sumber MCIK PTD

BAHAN-BAHANNYA
600 g daging
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar air asam jawa
15 biji lada hitam
6 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping halia
1/2 keping gila gerek ( gula melaka)

CARA MEMASAK

1. Potong daging setebal 1sm.
2. Ketumbar, lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dikisarkan.
3. Hancurkan gula gerek tadi dengan air.
4. Campurkan ramuan yang telah dimesin tadi.
5. Masukkan air asam jawa.
6. Gaulkan daging bersama-sama ramuan tadi.
7. Perapkan selama 20 minit.
8. Panaskan minyak dan gorenglah daging tadi sehingga empuk

No comments: