






Muffin Kak Rinn


Sorry kak rinn,,, izan copy pic muffin kak rinn dulu... hari jumaat nak try buat
MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com
Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
Rinn tahu ramai yang dah mencuba muffin pandan ini walaupun resipinya mungkin berbeza. Bila mana muffin hampir masak, bau harum pandan tu dah memenuhi ruang dapur. Rasanya pun tidak kurang enak dan tidak begitu manis. Ditambah dengan kehadiran kepingan almonds yang rangup tuu...hmmmmm bertambah sedap minum pagi atau minum petang kita tu nanti
3 comments:
wah sedapnye...nanti sy bg alamat akak pos kt sy ek...yummy
mama danish dok kat mana tu
sy kt pahang skangni..jauh arr..kalau dkt bo la rase masakan akak..bes tuhhh
Post a Comment