Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Friday, January 2, 2009

Nasi Ayam Izan

Semalam buat nasi ayam..........abis seperiuk......

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


BAHAN-BAHAN NASI AYAM

3 cawan beras-dicuci dan ditoskan
5 ¼ cawan air rebusan ayam
100 gm halia
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
4 helai daun pandan
Minyak sapi
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkeh
Bunga lawang

Cara-Cara Membuat Nasi Ayam

1. Tumis bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkeh dan buah pelaga.
2. Masukkan beras dan kacau.
3. Masukkan air rebusan ayam dalam rice cooker dan masukkan beras yang ditumis tadi bersama dengan daun pandan.
4. Tutup dan masak.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT AYAM PERAPAN

Ayam perapan ( Ayam dibuang kulit )
1 ekor ayam anggaran 2 kg – ayam tak perlu direbus dan dipotong 4
3 sudu besar kicap cair
75 ml sos tomato
2 sudu besas sos cili
1 sudu besar madu asli
2 sudu basar gula melaka-cincang halus
1 sudu besar jus limau kasturi
2 susu teh parutan halia
3 ulas bawang putih-cincang halus
2 sudu besar air
sedikit madu + minyak bijan-untuk kilatkan ayam

Cara-Cara Membuat Perapan Ayam

1. Campurkan kesemua bahan perapan dan perap ayam yang telah dipotong 4 bahagian tadi semalaman. Masukkan dalam peti sejuk yang bukan ditempat beku tu ye.
2. Goreng ayam tadi dalam minyak penuh.
3. Api mestilah perlahan kerana ayam yang diperap dengan madu dan gula melaka kalau api besar ayam akan menjadi hitam.
4. Apabila ayam diangkat,sapukan terus dengan madu+minyak bijan,so akan nampak ayam berkilat gitu.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT SUP AYAM

Sedikit kaki ayam dan bahagian tulang ayam
Halia
Bawang putih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkeh
Buah pelaga
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit daun bawang dan daun sup
Air secukupnya
Sedikit bawang goreng-buat sendiri

Cara-Cara Membuat Sup Ayam

1. Rebus semua bahan sup ayam tadi sehingga masak.
2. Sesuaikan rasanya,tambah gula melaka untuk melazatkannya.
3. Bila masak taburkan bawang goreng dan tutup serta angkat.

SOS CILI

200 gm cili merah besar
50 gm bawang putih
1 sudu besar gula melaka
1 sudu teh garam
80 ml jus limau kasturi
½ botol sedang sos cili thai
1 sudu air rebusan ayam

- Blend semua bahan untuk membuat sos cili dan masak sedikit sehingga agak pekat


SOS KICAP

this baru dapat resepi time balik langkawi tempohari
kicap pekat + air panas or suam
cili padi yang pedas punya
bawang besar
gula melaka
kulit kayu manis

caranya.
bawang besar dipotong dadu
cili padi dimayang halus, kemudian digoreng dalam minyak bersama kulit kayu manis sehingga kekuningan...
Masukkan kicap pekat bersama air dan kacau, masukkan cili tadi, kulit kayu manis dan bawang besar serta sedikit gula melaka....
Boleh dimakan dan disiram atas ayam....

2 comments:

Mama Danish said...

akak nanti sy nk copy menu nasi ayam ni ek..hehe nk try wat..peberet anak sy nih...

DAPUR ITU DUNIA KU said...

hi mama danish...sila lah ambil kalau tak sedap komen yer