Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, February 3, 2009

CHOC CHEESECAKE

Choc cheese cake


Resepi Alex Goh ni akak dapat dr umah Cik Mat Gebu itu..hehe. mmg la mat, x terasa sgt cheese kat kek tu. lebih rasa coklat tp a bit different dgn cheese yg sket tu. tp topping tu yg menambahkan rasa cheese..hehe. sori mat, cam bese la..kopi j ekkk!

130 g mentega

130 g cream cheese

170 g gula perang (brown sugar)

2 camca besar madu

4 biji telur gred A

260 g tepung gandum*

30 g cocoa powder*

1/2 camca teh baking powder*

1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)

1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya

60 g kacang walnut, cincang sederhana halus

Bahan Topping :-)

250 cream cheese

60 g gula aising, diayak

1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya

Cara membuatnya :-)
Putar cream cheese, mentega dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (masa ni adunan seakan2 berminyak), masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, kemudian diikuti dengan parutan kulit oren. Gaul rata.
Masukkan cincangan walnut, gaul rata dan tuang dalam tin berukuran (10 x 10 x 3) inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Bakar 30 - 35 minit pada suhu 175C, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Pukul bahan2 untuk topping kecuali jus oren, pada kelajuan sederhana hingga putih. tambah jus oren dan pukul hingga rata. Sapu atas kek tadi dan ratakan. Potong dan hias ikut kreativiti masing2 sebelum dihidangkan.

No comments: