Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, March 17, 2009

NI LAH RUPA SAMPERIT COOKIES

Sumber : Nor Aniza Omar

Bahan-Bahannya
180gm mentega (Golden Churn atau SCS)
180gm gula aising
3 biji telur
500gm tepung jagung (Brown & Polson-Cap Kupu-Kupu)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

1.Kacau mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata.
3.Masukkan tepung jagung dan uli sehingga menjadi adunan lembut.
4.Picitkan adunan dengan menggunakan nozzle aising yang sesuai di atas tin pembakar .
5.Titikkan warna merah sebagai mata dragon. Biarkan biskut selama 2 jam sebelum dibakar.
6.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit(light brown).

Nota :

1.Untuk menggelakkan doh dari cepat menjadi keras atau kering, tutup dengan menggunakan tuala yang lembap.
2.Tinggalkan 2 jam atas loyang selepas di terap.(Supaya cookies sebati dan kembang sebelum di bakar. Jadi bila dibakar texturenya lebih cantik dan lembut.) Lepas tu baru bakar.
3.Kalau malas nak tunggu 2 jam, terap dan terus bakar, hasilnya cookies ini, rasanya okay, tapi macam kuih samperit dan agak garing sedikit.
4.Kalau nak jadi lembut dan rapuh (melt in your mouth), kenalah tunggu 2 jam.
5.Kalau dohnya diperap 2 jam, nanti susah pulak hendak dipicit menggunakan nozzle (tepung jagung akan jadi kering / keras dan adunan kena uli lagi dan dicampurkan butter atau telur supaya jadi lembut kembali). 3. Ada juga resepi yang campur 2 - 3 sudu susu tepung tetapi ini bergantung kepada jenis butter yang digunakan, misalnya Buttercup. Kalau anda menggunakan butter Golden Churn atau SCS, tak payah letak. Nanti rasa susu sahaja dan cepat jelak
.











EMMMMMMMMMM hari nie buat samperit....banyak gak dapat..............tapi kos buatnya mahal sebab pakai butter golden churn dan tepung rama rama dalam tin tu

No comments: