Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Saturday, April 25, 2009

Moist Devil’s Food Cake

Moist Devil’s Food Cake
12345(97 votes) Friday, 29 August 2008



BAHAN-BAHAN:

3/4 cawan koko

1/2 cawan air (panaskan)

1 1/2 cawan mentega tanpa garam (unsalted butter)

1 1/2 cawan gula

1 sudu kecil perasa vanila

4 biji telur gred A

3 cawan tepung kek yang diayak

1 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 sudu kecil garam

1 cawan susu





CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan oven pada suhu 180 0C. Sapukan dulang pembakar dengan sedikit mentega dan lapikkan dengan kertas parchment.

2. Sementara itu ayak koko dan masukkan ke dalam air panas. Biarkan sejuk.

3. Di dalam mesin adunan, pukul mentega sehingga ringan dan gebu.

4. Masukkan gula secara perlahan-lahan dan pukul lagi.

5. Masukkan vanila diikuti dengan telur satu per satu.

6. Di dalam mangkuk masukkan susu ke dalam koko yang dibancuh tadi.

7. Gaulkan campuran tepung dan campuran koko/susu secara bergilir-gilir ke dalam mesin pengadun dimulai dan diakhiri dengan tepung.

8. Bakar selama 50 hingga 55 minit. Periksa dengan menggunakan lidi sate, jika kering bermakna kek telah masak.





BAHAN COKLAT SUSU SAPUAN:

1 cawan krim

2 cawan coklat masak yang dipotong kecil

1/4 cawan mentega





CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan krim dalam mangkuk yang tahan panas.

2. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi coklat dan mentega. Kacau sehingga sebati, sejukkan dalam suhu bilik.

3. Apabila sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. Sebelum digunakan, pukul dengan menggunakan mesin adunan sehingga gebu.

No comments: