Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Wednesday, April 22, 2009

PERIA

Peria turunkan tekanan darah dan kandungan gula darahPeria adalah sayur yang sangat pahit, tetapi ia sungguh berkhasiat sebagai penawar alami. Peria mempunyai beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin, dan beberapa alkaloid. Oleh kerana kandungan tersebut peria sering digunakan untuk pengubatan kencing manis.

Sifat-sifat peria:
Peria sayuran berharga mempunyai proses metabolik dan physiologik badan manusia. Ia mempunyai sifat-sifat berikut:-
(i) mengandungi beberapa bahan yang beraktiviti hypoglycemic, iaitu menurunkan paras gula dalam darah
(ii) menggalakkan nafsu makan
(iii) membantu proses penghadaman, maka ia digunakan untuk pengubatan masalah penghadaman
(iv) menganudngi sifat emetik, purgatif dan anthelmentik dan juga anti-kembong
(v) memecah lemak dalam badan, ia dikatakan mempunyai sifat anti-lopolitik
(vi) mengandungi vitamin seperti vitamin A, thiamine, riboflavin, vitamin C dan mineral seperti besi
(vii) anti-radangan dan astringent. mempunyai tindakan khusus pergerakan penghadaman (bowel movement)

Peria banyak khasiat. Antara yang terpenting ialah menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah. Peria boleh dijadikan ulam atau diminum airnya.

Cara-caranya:
Ambil sebiji buah peria muda, hiris halus-halus atau dihancurkan sehingga lumat. Kemudian masukkan ia ke dalam segelas air masak dan diramas-ramas. Tapis airnya dan diminum.
Minumlah air jus buah peria ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. InsyaAllah, ia akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan kecncing manis.
Dikirim dalam darah tinggi, gula, hypertension, kencing manis, peria, sistem imun, tekanan darah
« Kunyit mengurangkan tekanan darahBuah Belimbing Bintang Penawar Hipertensi »Leave a response

No comments: