tadi sebelum pi kelas deco yang bermula jam 10am...sempatlah singgah kat umah my best fren (MONA & SHAHRUL- kenalan lama masa dikuantan)..
yang kelakarnya jam 08am kami dah terpajak kat umah dia dikuaters wangsa keramat.......huhuhu.. janji nak datang jam 9am tapi tercepat pula....
tekan je loceng..... hihii dengan tak malunya,,,,pastu sempatlah menikmati hidangan sarapan yang disediakan oleh my fren...KTW goreng..pastu kami bawa popiah basah yang kami beli kat pasar tani shah alam...
habis kelas tadi dalam jam 2pm gak... pastu terus ke rumah my fren lagi sebab my asben stay kat situ.. pastu sempat lah lunch kat situ pula..dah le masa kat umah kak ida bakery tadi dah pekena nasi lemak.....pastu makan lagi
tengok ni anak my fren (CACA) selepas makan my cake...
Allah menjadikan sesuatu ujian untuk manusia pada perkara yang mampu dilaluinya, bermakna, kalau ada ujian, sebenarnya ujian itu kita pasti mampu mengatasinya. Di dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:- Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. (Surah at-Talaq ayat 7)
Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I
Tangan diangkat dan dirapatkan ::::::
” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu.
Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku.
Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “
No comments:
Post a Comment