Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Sunday, May 10, 2009

CHOCO MOUSSE BROWNIES

Bahan Untuk Brownise :-)
45 g mentega
1 biji telur gred A
65 g gula kastor
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
50 g tepung*
1/2 camca teh baking powder*
1 camca besar serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)

Bahan Untuk Mousse :-)
140 g coklat masakan
1 camca besar halal gelatin
100 ml air
2 putih telur
2oog whipping cream
40 g gula kastor

Cara membuatnya :-)

1.UNTUK BROWNISE :- Panaskan oven pada suhu 190C. Lenser springform pan berukuran 18 cm (mat guna acuan 8 inci) dengan mentega. Ketepikan. Pukul mentega, gula dan vanila (jika guna) hingga putih. Masukkan telur dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sediki hingga habis, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga 12 - 15 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek sepenuhnya (mat tak kelurkan kek dari acuan).
2.UNTUK MOUSSE :- Masukkan gelatin ke dalam 100 ml air, kacau rata dan biar 5 minit. Cairkan coklat masakan secara "double-boiler". Kacau hingga cair. Angkat dari periuk dan masukkan gelatin tadi, kacau rata (guna garfu untuk lebih senang). Biarkan sejuk. Sementara itu pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga kental. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga berkrim (jgn terlebih pukul, nanti jadi cair!). Satukan coklat tadi bersama whipping cream dan putih telur, gaul rata.
3.PENYEDIAAN CHOCO MOUSSE BROWNISE :- Tuang adunan 2 tadi ke dalam tin kek yang berisi kek. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam atau hingga mousse keras. Keluarkan dari acuan dan ayak serbuk koko (jika suka) sebelum dihidangkan.

No comments: