Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, June 2, 2009

Daging halia lada hitam

Daging halia lada hitam



Bahan-bahan
1.2 kg daging
30 g halia
10 g lada hitam
30 g bawang putih
30 ml cuka
4 helai daun selasih (bay leaves)
50 g jagung manis
50 g kacang peas
300 g kentang (dipotong halus)
20 g pasli cina
250 g bawang merah meja
garam dan sos soya manis (kicap ABC) secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Goreng kentang dan ketepikan.
2. Hancurkan lada hitam, halia dan bawang putih untuk dijadikan adunan yang kasar. Tambahkan sedikit garam.
3. Potong daging mengikut saiz yang digemari dan perapkan selam 20 minit dengan adunan yang disediakan sebentar tadi.
4. Panaskan minyak dan goreng daging
5. Masukkan daun selasih, cuka, sos soya manis dan biarkan ia mereneh selama 10 minit.
6. Akhirnya, masukkan jagung, kacang pis, kentang dan masak lagi selama 5 minit, dan masakkan sedia untuk dihidang

No comments: