Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Wednesday, June 3, 2009

HOT CHEESE ROLL --- resepi en mat gebu




Rasa sedikit pedas tapi lemak dan harum keju tetap terasa. Resipi doh dari "Kak Noraini" dan ini lebih kurang cinnamon roll sahaja, cuma mat tukar isi dia sahaja....

Bahan-Bahan Doh :-)
500 g tepung roti
100 g gula kastor
5 g garam
20 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred B (mat guna gred A)
11 g instant yeast
40 g lemak sayur
250 ml air

Bahan Inti :-
2 cawan parutan keje cheddar
1/2 cawan hirisan daun bawang
2 camca besar "Hot Piri-Piri" seasoning (seperti gambar dibawah)





Cara membuatnya :-)

UNTUK DOH :- Satukan semua bahan kecuali lemak sayur. Gaul hingga menjadi doh, uli hingga lembut, gaul lemak sayur sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal dan anjal (uli selama 10 - 15 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas besar, tutup permukaanya dengan plastik cling dan biar naik sekali ganda (1 jam). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi dua. Ambail 1 bahagian doh dan canai menjadi 4 segi berukuran 14 x 14 inci (kurang lebih). Tabur 1/2 bahagian keju rata2, kemudian 1/2 bahagian hirisan daun bawang dan tabur seasoning (1 camca besar) hingga rata.
Gulung seperti membuat swissroll. Kemudian potong kepada 8 bahagian yang sama besar. Ambil satu potongan, leperkan sedikit dan alih ke dalam bekas (atau baking tray yg telah disapu mentega). Buat hingga siap. Untuk baki doh yang lagi satu lakukan kaedah yang sama.
Biar doh yg siap dibentuk naik 1 jam dan bakar 20 minit pada suhu 180C. Bila roti masak, keluarkan dari oven dan sapu mentega pada permukaan roti.

No comments: