Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, June 2, 2009

OREO CHEESE CAKE

OREO CHEESE CAKE

Bhn2:

(A)
2 buku Philadelphia cream cheese
100g gula
2 biji telur - dipukul
1 sudu teh esen vanila

Utk bhg bawah (B):

2 baris biskut oreo, dihancurkan (tanpa krim)
65g mentega
25g gula perang
1 baris biskut oreo (utk letak atas cream cheese)

Nota: Panaskan ketuhar (150-180 darjah celcius)

Cara (A):

Gaulkan semua bahan. Pukul hingga sebati.

Utk bhg bawah (B):

Cairkan mentega dan gula perang bersama-sama. Campurkan biskut oreo hingga melekat.

Lagi satu baris biskut oreo diletak-letakkan atas cream cheese mengikut kreativiti masing2.

Masukkan dalam ketuhar pada suhu 150-180 darjah celcius lebihkurang 30-40 minit (atau sehingga bahagian atas sedikit keperangan - jgn sampai hangus plak). Cucuk dgn garpu untuk pastikan kek dah masak elok.

Bila kek dah agak sejuk, masukkan dalam peti ais. Sedap dimakan ketika sejuk.

No comments: