Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, June 2, 2009

COKLAT BATIK

COKLAT BATIK

Bahan Bahannya :
1 tin kecil Milo
RM 1.00 biskut marie ( manis ) dipatah-patah dalam 4 - 5 patah
RM 1.00 kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit & tumbuk tapi jangan
terlalu hancur
1 tin kecil susu pekat
3 - 4 sudu marjerin / butter

Cara Membuatnya :
Cairkan marjerin atau butter dengan api yang kecil.
Apabila marjerin telah cair masukkan susu pekat dan milo. Gaul hingga sebati.
Apabila telah sebati, masukkan biskut marie dan kacang tanah yang telah siap
ditumbuk.
Apabila telah sebati, angkat dan masukkan ke dalam loyang yang telah disapu
dengan marjerin.

***Sejukkan di dalam peti ais dan siap untuk dihidang ( potong mengikut citarasa )

Nota : Pastikan apinya sentiasa kecil untuk mengelakkan hangus dan gunakan
pergerakan yg pantas untuk mengelakkan ianya keras.

No comments: