Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Wednesday, June 3, 2009

ROTI KEJU OREGANO ... resepi en mat gebu




BAHAN DOH :-)
320 g tepung roti (high-protein flour)
80 g tepung gandum (plain flour)
20 g gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh instant yeast
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver
220 ml susu segar
1 biji telur
30 g mentega

A...
30 g parutan keju cheddar
30 g cincangan kacang badam, dipanggang sedikit
Sedikit herba Oregano kering
Sedikit mentega

B...
3 keping keju chesdale, dikerat 2 setiap kepingan
Oregano kering
Sedikit cincangan badam
1 biji telur, untuk disapu



CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- Satukan bahan2 doh dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Letak dalam bekas, tutup bekas dengan plastik cling dan biar terperap selama 1 jam atau doh menjadi sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
UNTUK ROTI :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi kepada 2 bahagian, uli sekejap dan bulat2 kan, biar 10 minit. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi anggaran ketebalan 1/2 inci. Sapu dengan sedikit mentega, tabur keju, badam dan sedikit oregano kering (guna sebahagian dari bahan "A"). Gulung ketat seperti swissroll. Kerat kepada 3 bahagian sama besar, kelar setiap potongan seperti dalam gambar, alihkan ke dalam loaf tin yang telah disapu mentega. Buat kaedah sama utk satu lagi bahagian. Biar naik sekali ganda lagi (lebih kurang 45 minit).
Sapu kuning telur dan tabur badam (dari bahan "B"). Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit. Keluarkan roti, letak kepingan keju chessdale seperti dalam gambar, tabur oregano kering atas keju tadi dan sambung bakar selama 7 - 8 minit lagi hingga keju mencair. Keluarkan roti dan biar sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari tin

No comments: