Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Wednesday, June 3, 2009

ROTI MARBLE -- resepi en mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g tepung roti
50 g tepung gandum
1 camca besar mentega
140 - 150 ml susu segar
1 camca teh yis
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca besar serbuk kokok + sedikit air, jadikan pes (mat tambah 1/2 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)

Bancuh yis dengan sedikit susu (anggaran 50 ml), larutkan dan biar sekejap. Satukan tepung roti, tepung gandum, bread improver, garam dan gula, kacau rata. Tuang bancuhan yis dan gaul sambil dituang baki susu segar sedikit demi sedikit, hingga adunan menjadi doh.
Tambah mentega dan uli hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, dan tutup dengan cling film. Biar 40 minit, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 3 bahagian yang sama besar.
Satu bahagian digaul bersama pes koko tadi dan uli hingga warna sekata (jika perlu tambah sedikit tepung roti). Canai doh tadi, biar sama saiz dengan 2 bahagian doh tanpa warna. Balutkan doh coklat hingga tidak kelihatan. Canai sedikit dan potong kepada 3 bahagian.
Buatkan simpulan tocang pada doh tadi, dan alihkan ke dalam tin berukuran (9 x 4 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Biarkan naik 2 x ganda (kurang lebih 1 jam).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing. Sapukan mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...

No comments: