HARI KE 6 my mum di KMC, alor setar,,,,nampak perubahan yang baik...berkat sokongan dan doa anak anak ... today DOC puji my mum kerana kuat semangat,,,,, kat sini dressing semua DOC pakar yang buat sendiri,,,,,,
esok nak balik umah jap...bawa balk semua pakaian kotor untuk dicuci..kat sini takde pulak laundry kalau tak senang sikit
Allah menjadikan sesuatu ujian untuk manusia pada perkara yang mampu dilaluinya, bermakna, kalau ada ujian, sebenarnya ujian itu kita pasti mampu mengatasinya. Di dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:- Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. (Surah at-Talaq ayat 7)
Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I
Tangan diangkat dan dirapatkan ::::::
” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu.
Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku.
Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment