Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Monday, September 28, 2009

BISKUT KACANG MAT GEBU



Bahan-Bahannya:-
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus
1/2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 kuning telur
Minyak jagung secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
Kuning telur, untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan

Cara membuatnya:-

Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, vanila dan kuning telur. Gaul hingga semua rata. Tuang minyak jagung sedikit demi sedikit sambil digaul adunan tadi hingga menjadi doh yang boleh dicanai.
Canai 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah.
Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit. Bila masak, biarkan biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan ke atas jaringan. Biskut agak rapuh masa baru2 dikeluarkan dari oven....

No comments: