Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, September 17, 2009

Nasi Bukhari

Resepi

BAHAN-BAHAN:

400 gm beras basmathi

400 gm air

2 tin kecil susu cair

150 ml puri tomato

6 sudu besar minyak sapi

2 sudu besar rempah kari

1 sudu kecil serbuk kas-kas

3 biji tomato

1/2 sudu kecil jintan manis

1/2 sudu kecil jintan putih

5 biji buah pelaga

5 biji bunga cengkih

2 helai daun pandan

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS:

90 gm badam

70 gm biji gajus

100 gm bawang besar

40 gm bawang merah

5 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:



1. Panaskan kuali dengan minyak sapi. Tumiskan bahan tumbuk, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik bau.

2. Masukkan air, tomato, bawang besar, susu cair, beras dan puri tomato.

3. Biarkan mendidih dan masukkan badam dan gajus.

4. Tanak nasi seperti biasa dan masukkan daun pudina. Tutup kembali nasi dan biarkan masak.

No comments: