Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Friday, November 13, 2009

2 Minggu Sebelum Arwah Ibu Kembali Kerahmatullah

2 MINGGU sebelum arwah pergi.. suami ku balik bercuti ke msia...alhamdulillah sempat kami semua (aku, suami , ayah dan adik ) bermalam di wad selama 4 malam...

dan selepas 1 hari (3 nov 09) suami ku berangkat pulang ke darfur ,,,pada ke esokkan nya (04 nov 09...tepat jam 12.30pm ibu telah kembali ke rahmatullah)

sebelum suami ku pulang dari wad.. sempat dia mencium ibu dan menyatakan hujung dis 09 dia akan pulang bercuti lagi.. suami kuberkata " mak : bulan 12 kita jumpa lagi ya.. ibu angguk kan kepalanya.. tapi semua itu adalah kenangan... allah lebih menyayangi ibu...".


















No comments: