Bahan:
1000g tepung high protein
20g instant yeast
5g bread improver
15g garam
50g susu tepung
250g gula pasir
450g air sejuk (sejuk ais)
2 biji telur gred-B
100g butter atau marjerin
100g shortening
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan yang kering dan gaulkan. Kemudian masukkan telur & air, adun rata sekitar 5 minit sehingga dapat satu doh kasar. Masukkan butter/margarine dan shortening dan uli lagi 20 minit sehingga dapat doh yang kenyal. Rehatkan doh dalam bekas bertutup sekitar 15minit, kemudian potong, timbang 50g atau 60g setiap satu dan bulatkan. Rehatkan lagi sekitar 10minit, lalu bentuk atau isi sesuai selera. Rehatkan lagi sekitar 60 ke 75minit atau 2 kali ukuran asal. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah C selama 15 ke 20 minit hingga kekuningan.
Selamat mencuba.
nota: Kalau takde mesin dough mixer dan nak uli dengan tangan, adalah lebih baik buat sikit je. Setengah adunan ataupun suku adunan.
tips: bahan minyak tu bolehlah gunakan sepenuhnya butter mahupun sepenuhnya margerin. contohnya 200g butter.
lagi, Bread improver tu kalau takde pun boleh juga.
tips lagi, suhu bilik semasa rehat 60minit tu mestilah antara 35 ke 39degree C. Kalau suhu bilik sejuk dia lambat naik
Allah menjadikan sesuatu ujian untuk manusia pada perkara yang mampu dilaluinya, bermakna, kalau ada ujian, sebenarnya ujian itu kita pasti mampu mengatasinya. Di dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:- Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. (Surah at-Talaq ayat 7)
Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I
Tangan diangkat dan dirapatkan ::::::
” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu.
Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku.
Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “
Friday, July 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment