Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Monday, August 30, 2010

HOMEMADE DONUT

1 kg tepung saya mendapat lebih kurang 40 biji donat. Dari pengalaman saya membuat donat dengan tepung roti dan tepung gandum, saya dapati gunakan tepung gandum lebih lembut kerana saya menguli dengan tangan. Jika gunakan tepung roti, seeloknya gunakan mesin supaya dapat menghasilkan glutin yang memberi kekenyalan pada donat itu.Kelembutan donat juga bergantung kepada berapa kuat dan berapa lama kita menguli. Biasanya saya menguli dengan tangan selama 15 minit sehingga doh jadi lembut.


Donat homemade


Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
1 peket yis kering Mauripan(11gm)
5 sudu besar gula kastor
50 gm majerin
1 biji telur A
500 gm air (secukupnya)
1 sudu teh serbuk penaik


Cara Membuatnya :


1. Sediakan sebuah besen dan satukan tepung gandum,serbuk penaik, yis kering,gula, majerin dan telur. Gaul hingga rata.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembap . Jika doh agak kering, tambah air sedikit lagi.
3. Pindahkan doh ke atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum.Uli dengan tangan selama 15 minit hingga lembut dan kenyal. Untuk memudahkan anda menguli. Bahagi dua doh tersebut dan ulilah satu-satu sehingga lembut.
4.Setelah lembut, satukan dua doh tadi menjadi seketul doh dan masukkan semula dalam besen dan tutup dengan kain atau plastik.Letakkan di tempat hangat seperti dalam bilik bertutup.Rehatkan selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda.
5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar.
6. Bulatkan doh kecil-kecil dan bentukkan ia. Susun dalam dulang yang ditabur sedikit tepung dan biarkan ia naik selama 20 minit.
7. Panaskan minyak dan goreng donat kekuningan. Angkat dan toskan.
8. Setelah suam-suam kuku, bolehlah digaul dengan gula kastor.

Tips :


1. Minyak menggoreng jangat terlalu panas kerana mudah hangus. Guna api kecil saja.


2. Donat boleh difrozen atau disimpan chiller. Caranya goreng donat hingga kembang tapi masih putih. Angkat dan toskan.Simpan dalam bekas tupperware dan letak dalam peti sejuk. Apabila hendak dimakan, keluarkan dan goreng semula hingga kuning.


3. Jika doh terlembik, tambahkan sedikit tepung dan uli hingga menjadi lembut.

No comments: