Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Wednesday, August 18, 2010

MEE KARI

RESEPI MEE KARI FROM AIN'S KITCHEN @@@@@

(HIDANGAN MEE KARI INI IALAH UNTUK 6 - 8 ORANG)


Bahan Utama: (Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
======================================

Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
½ kilo sawi


(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)


Bahan-bahan sayuran:
=================
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")


Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.
Cara:
======
Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.


Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.

Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.
Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan
lain.
Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping
keluarga atau tetamu.
********************************************


TIPS SETERUSNYA:
1. Mengapa saya masukkan sawi dalam kuah? Sebab nak celur itu, celur ini - leceh! So, untuk mengelakkan pembaziran (sebab ada orang tak suka sawi banyak), jadi eloklah sawi dimasukkan dalam kuah supaya siapa nak, cedok aje dari dalam kuah. senang, kan?


2. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

3 comments:

Kak Lin said...

Salam Izan....Aduhai Sedapnya....Mana Utk Kak Lin Mu Tersayang Ni....Hari Ni Birthday Adik Na Tau...Tapi Dia Demamlah....Ingat Sabtu Atau Ahad Baru Nak Pergi Jumpa Dia....

DAPUR ITU DUNIA KU said...

kak lin.. saya masuk FB adik NA.. nak wish kat dia.. tapi tak boleh nak write kat wall adik na...

DAPUR ITU DUNIA KU said...

kaklin izan nak tulis kat FB tu.. jangan lupa bagi kad tu pada adik na