Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, September 2, 2010

KETUPAT PALAS

Bahan-bahan:


1kg beras pulut susu
1/2 kg santan pekat ( santan segar)
garam.. biar masin sedikit
daun pandan
Daun palas secukupnya


Cara Membuat;
Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan

santan dimasak bersama daun pandan dan garam sehingga agak mendidih dan masukkan pulut. Masak pulut separuh masak sahaja...
Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk
Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.



Kukus ketupat tersebut hingga masak.. selamat mencuba,

2 comments:

Anonymous said...

Salam...
Nak tanya.. terima tempahan tak?? if nak tempah untuk makan pada 8/10 boleh buat tak??

Sekian.

Hasnah.

DAPUR ITU DUNIA KU said...

salam....tempahan untuk ketupat palas saya tak buat,.,tapi untuk cupcake or kek boleh lah