selamat pagi semua... sorry lah ..saya nie jenis yang malas nak menaip sebab dah jemu menaip masa time keja2 dulu....
taip sekadar ala kadar aja... terima kasih pada yang sudi singgah di blog saya... dan ada juga yang buat cacatan di blog saya
semalam sempat saya memasak mee rebus langkawi untuk tetamu saya malam tadi... terima kasih ju dan keluarga sudi singgah di teratak kami,,,,
MEE REBUS IZAN LANGKAWI... so sape2 jangan dokpandai copy resepi n letak nama sendiri lak....
bahan untuk kuah - agak2 ok
AIR REBUSAN KULIT UDANG...JANGAN LUPA
isi ketam dimesin
isi udang dimesin
kacang tanah ..sangan - mesin halus
kacang dhall - sangan - mesin halus
ubi keledek - rebus dan licik halus
sedikit bawang goreng
bawang besar dan bawang merah dimesin halus
cili kering yang dimesin halus
air asam jawa
lada hitam disangan dan dimesin halus
garam, gula melaka dan sedikit kicap manis
caranya
rebus semua bahan di atas sehingga mendidih dan renehkan sehingga kuah agak pekat dan angka
nota : kuah mestilah pekat.. tapi jangan pekat macam buat kek pula
untuk mee
mee kuning - cuci n rendam dalam air panas seketika...toskan
bahan sampingan
cucur udang atau cucur kosong letak bawang dan telur
lobak masin...cuci n rendam air panas dan potong
kentang - rebus jangan sampai lembik ...potong
tauhu - goreng n potong
bawang besar dimayang
telur rebus
limau kasturi dan cili padi
taugeh yang disiram air panas sebentar
izanman
Allah menjadikan sesuatu ujian untuk manusia pada perkara yang mampu dilaluinya, bermakna, kalau ada ujian, sebenarnya ujian itu kita pasti mampu mengatasinya. Di dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:- Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. (Surah at-Talaq ayat 7)
Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I
Tangan diangkat dan dirapatkan ::::::
” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu.
Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku.
Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “
Friday, October 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Izan...Sedapnya Mee Rebus...Lama Kak Lin Tak Buat....
salam kaklin... jenuh izan perah otak ni nak ingat bahan2 nya.. ni resepi arwah mak izan... dulu time dia ada tak ingat nak salin... fikir macam dah terror.. tapi bila dia dah takde ..izan nak buat jenuh gak... ingatan nie...
salam izan...masih di langkawi lagi keee..ingatkan kat subang...weiiiii sedap mee rebus tuuuu
kak zu.. izan dah dok subang la... sejak julai lepas
Post a Comment