Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, December 15, 2011

AYAM KALASAN










AYAM KALASAN - VERSI IZANMAN


Bahan-bahan
500 ml santan dari 1 biji kelapa
1 ekor ayam potong 12
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan (A) ditumbuk kasar
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

Cara Membuatnya
1. Perap ayam bersama kicap, serbuk kuinyit, garam dan bahan tumbuk semalaman di tempat chiller.
2. Rebus ayam dengan santan . Tambah gula dan garam secukup rasa.
3. Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan.
4. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan.
5. Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan di atas ayam tadi . JANGAN SAMPAI HANGIT

No comments: