Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Saturday, March 17, 2012

PUTERI 2 SEBILIK.. aka TEPUNG BUNGKUS ..orang langkawi panggil

PUTERI 2 SEBILIK 
resepi  daripada Pn. Noorsha

Bahan A (Untuk Inti Kelapa)
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
3/4 cawan air
1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam

Bahan B (Untuk '2 Orang Puteri')
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran 

Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
1 helai daun pandan - disimpul - ita tambah 
Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.



Untuk Inti Kelapa 
Dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.
Bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
Bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.

Bahan B
Campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. Tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung. 

Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau.
Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau)
Ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.

Bahan C
Masukkan tepung beras, santan pekat, air, daun pandan dan garam kedalam periuk. Dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat (sentiasa dikacau supaya tidak bergentil2)
Ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
Lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan...
Ulangi proses 9 & 10 hingga selesai kesemuanya.
Kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais.
Sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~ q












6 comments:

zila norazila said...

SALAM KENAL KAK,SY FOLLOW BLOG AKK YER..SEMUA MASAKAN AKK SEDAP2..:)

Misz-ella said...

lamanya saya tak makan kue ni. Mak saya dulu jual kueh. so selalu jgk la buat kueh ni tapi mak saya buat tanpa warna.

kasihibu said...

alamak izan sedapnya
sya pernah buat sekali je, itu pun sememeh rupabentuk tapi rasa sedap lah juga ;p

Khairani Bahaudin said...

salam izan man...berbakat sungguh dan semuanya sedap- sedap.

jemput exchange link dgn saya ye^^
REDCOMEL

DAPUR ITU DUNIA KU said...

silakan ... zila.... terima kasih sudi singgah blog saya

kak chik.... versi moden.. warna warni

DAPUR ITU DUNIA KU said...

kasih ibu.....saya suka kuih nie.. sedap lemak berkrim

khairani ... silakan//// saya dah follow ur blog