


Buat untuk kenduri rumah FIL
Agar-Agar Delima Istana
Kiriman: Cikgu Mi (mesra.net)
Sumber: Tukang Masak Istana
Bahan-Bahan:
1 tahil agar-agar strip (37.8gm)
4 cawan air biasa (1 drpnya air cocktail)
1 tin susu cair
6 biji telur gred A(pukul berasing)
2 cawan susu pekat(tambah ikut selera)
Kismis secukupnya
1 sudu teh vanilla
½ tin buah cocktail(buah sahaja)
tambahan yang saya buat
buah anggur (hijau & merah - belah dua (seedless)
buah limau oren (ambil isinya)
ceri merah dan hijau
Cara:
1) Agar-agar dibasuh dan rendam selama 1 jam, toskan.
2) Susu pekat, susu cair dan air bersama air buah disatukan.
3) Pukul telur bersama dengan vanila sehingga berbuih sedikit
4) Lapisnya seperti berikut :
Masukkan agar strip jangan dipotong, sehingga memenuhi ruang loyang kemudian masukkan buah buah campuran tadi.
Kemudian tuangkan sedikit bahan bahan yang disatukan tadi sehingga memenutupi agar2 dan buah tadi.
5) Ulangi lapis kedua sama seperti lapisan pertama sehingga habis.
6) Lapisan atas sekali letak buah campuran.
Peringatan:Agar-agar tadi dalam
keadaan panjang(jangan
dipotong)
7) Kukus selama 2 jam. Angkat dan agar agar masih dalam keadaan cair.
Sejukkan agar agar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan sebagai pencuci mulut pada bila-bila masa.
Tambahan:
Air boleh ditambah atau dikurang mengikut selera kepejalan agar-agar
masing-masing.
No comments:
Post a Comment