Perkara paling penting utk mendapatkan steak yg enak adalah dagingnya iaitu
jenis STRIPLOIN atau TENDERLOIN. Ini akan memastikan steak itu lembut. Ia
mesti sekurang-kurangnya 1.5 cm tebal. Anda boleh membelinya di pasaraya kerana ada yg siap dibungkus dan dijual 2 keping. Sajikan dengan Kentang Putar atau Goreng, salad, tomato dll atau sayuran rebus seperti brokoli, bunga kobis dll




Bahan Perapan Kambing
HP sos
Madu
Paprika (option)
Lada Hitam (sangan dulu ) dan kisar kasar
Sos Tiram
Oregano (option)
Yogurt
Bawang Putih ditumbuk ( option)
Semua bahan di atas dicampur dan perap kambing semalaman di tempat chiller.
SOS BBQ
Sup Campbell dalam tin (mushroom)
Sos Tiram
Lada Hitam yang disangan dan dikisar kasar
Bawang Besar - dicincang
Bawang Putih - dimayang
Bawang Merah - dimayang
Cendawan Shitake - Rendam dan dihiris
Cendawan Butang - dihiris
Daun Bay / Salam
Gula Melaka - dicincang
Paprika
All Spice
Butter - utk menumis
Cara Buat
1. Tumis bawang dengan butter hingga kuning
2. Masukkan daun bay dan cendawan chitake.
3. Angkat dan dikisar halus
4. Masak sup campbell bersama 1 tin air (sukatan tin sup)
5. Masukkan sos tiram, paprika, lada hitam dan allspice bersama gula melaka
6. Masukkan bahan tumis yang dikisar tadi.
7. Siap untuk dimakan..
No comments:
Post a Comment