Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Monday, October 27, 2008

LAKSA NYONYA

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 bungkus mee laksa kering, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak makan.
1 biji timun, diracik halus
Segenggam daun kesum, dimayang
10 biji limau kasturi, dibelah dua
5 biji cili merah ditumbuk dgn 1 inci belacan bakar hingga lumat
Isi kerang dan udang rebus serta taugeh secukupnya

BAHAN2 UNTUK KUAH:-
300 ml pati santan
1 liter santan cair (perahan kedua)
5 biji buah keras*
5 batang serai*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
15 ulas bawang merah kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*
12 tangkai cili kering, potong dan celur dgn air panas, toskan*
1/2 camca teh lada sulah*
1 camca besar serbuk ketumbar*
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
Segenggam daun kesum
3 kuntum bunga kantan, dibelah dua
3 ekor ikan kembung besar, kukus dan ambil isinya, hancurkan
10 biji tauhu "pok", dipotong dua
2 keping "fish cake", dihiris nipis
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara
Dalam periuk, panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.
Bila mendidih, masukkan isi ikan, daun kesum, bunga kantan, asam gelugor, fish cake dan tauhu pok. Biarkan menreneh kurang lebih 20 minit. Masukkan pati santan dan perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mereneh pada api perlahan utk 10 minit lagi, sambil dikacau selalu. Matikan api.
CARA MENGHIDANG:- Dalam mangkuk, bbuh mee laksa, diikuti taugeh dan timun, curah kuah, bbuh bahan2 sampingan lain seperti sambal belacan, limau, udang/kerang dan taburkan dgn hirisan daun kesum.

No comments: