Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Saturday, November 15, 2008

AYAM MASAK UNGKEP --- resepi orang jawa

AYAM MASAK UNGKEP

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong 8
2 sudu besar ketumbar -disangai
1/2 sudu besar jintan halus/putih-disangai
2 cm halia
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 sudu besar cili kisar - optional
garam secukup rasa
minyak utk menumis
air secukupnya

Cara membuat:

Tumbuk hingga lumat ketumbar dan jintan halus kemudian tumbuk pula halia, bawang merah dan bawang putih
Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan cili kisar
Tumis sehingga garing
Masukkan ayam, asam keping serta sedikit air
Renehkan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat (kepekatan kuahnya ala2 rendang gitu)
Rasakan garam secukupnya boleh lah diangkat.

Variasi: Kadang2 akak baling serai ketuk sebtng dlm masakan ni, pong sodapp..maaf makcik sbb Noor dah merosakkan resepi asalnya

No comments: