Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Saturday, November 15, 2008

AYAM KALASAN -- sedap




AYAM KALASAN – resepi berbuka semalam , memang sedap sangat rugi kalau tak buat….ingat esok nak masak lagi sebab tak puas makan lagi petang semalam….TQ maklang…memang sedapppppppppppp ..LAIN KALI KALAU NAK BUAT SAYA NAK LETAK BAHAN SERDAK TU BANYAK SIKIT SEBAB YANG BUAT KALI NIE TAK CUKUP…bagi saya serdak tu lagi sedap dari ayam..bestnya makan dengan nasi panas yang lembik sikit

Ayam Kalasan - Sumber : Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin

Bahan-bahan
500 ml santan dari 1 biji kelapa
1 ekor ayam potong 8
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan (A) ditumbuk kasar
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

Cara Membuatnya
1. Perap ayam bersama kicap, serbuk kuinyit dan garam selama 1 jam.
2. Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup rasa.
3. Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan.
4. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan.
5. Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan di atas ayam tadi

No comments: