Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, November 25, 2008

KUIH KERIA

Hari nie buat kuih keria untuk minum petang...keledek beli kat cameron...jauh tu...keledek cameron sedap tau..manis..

Kuih Keria - resepi dari buku juadah Warisan Nenek..
Saya buat tak sira gula...

Resepi nya

500gm keledek yang direbus
100gm tepung gandum
sedikit garam
125gm gula
4 sudu makan air
Sedikit tepung jagung untuk mencanai

Caranya
Lecek keledek bersama garam hingga halus
Masukkan tepung gandum dan uli sehingga tidak melekit ditangan
Canai doh dengan menggunakan acuan kuih keria
Jika melekat taburkan sedikit tepung jagung di atas papan canai...
Goreng dan sadurkan dengan gula.

Membuat Gula Sira
Masukkan gula dan air dalam kuali..masak sehingga gula pekat dan masukkan kuih keria tadi sehingga gula pekat

Photobucket

Photobucket

Photobucket

No comments: