Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, January 8, 2009

BISKUT SUJI

BISKUT SUJI (1)

500 gm tepung gandum

250 gm minyak sapi

250 gm gula halus

sedikit ceri untuk hiasan

gula halus secukupnya utk menyadur

Gaulkan tepung gandum dengan gula halus.

Cairkan minyak sapi dan sejukkan.

Masukkan ke dalam adunan tepung dan uli hingga lembut.

Gentelkan bulat-bulat dan hias dengan ceri.

Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak.

Sejukkan dan sadur dengan gula halus sebelum dihidangkan.

Oleh Jeihan


--------------------------------------------------------------------------------



BISKUT SUJI (2)

3 cawan tepung gandum

3/4 cawan gula castor

1 camt baking powder

Ghee secukupnya

Buah ceri untuk hiasan

Ayakkan tepung dan baking powder.

Campurkan dengan gula castor, kemudian gaulkan dengan ghee sehinggaadunan boleh di gentel.

Perapkan beberapa jam.

Lepas tu bolehlah dibentukkan bulat-bulat dan dihiaskan dengan hirisan buah ceri ( tak nak bagi hiasan pun boleh...)

Kemudian dibakar sampai masak.


Oleh Jeihan


--------------------------------------------------------------------------------


BISKUT SUJI (3)

300gm tepung gandum

300gm gula kastor

250gm gheeblend

Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut.

uli sampai menjadi doh yang lembut dan nampak berminyak sikit, kalau tidak kuih akan jadi keras sikit.

lepas itu bulat-bulatkannya macam guli dan bakar dalam lebih kurang 15 minit(180 darjah).

hati-hati sikit bila mengeluarkannya dari dulang agar tidak pecah.

Kalau nak sedap lagi letak sikit almond cincang.


Oleh Jeihan


--------------------------------------------------------------------------------


SUGI ALA SIKH
(120 keping)

500g minyak sapi QBB

1/2 tin tepung semolina (240g) di kisar hingga halus

600g tepung gandum

350 gula powder

Minyak sapi & gula di satukan hingga rata.

Semolina yg telah dikisar halus dicampur dgn tepung dalam container lain pula.

Campuran tepung di satukan ke dalam campuran minyak sapi tadi.

Kalau agak2 basah, tambah tepung.

Syarat utk mendapat 'crack' macam sugi bai ialah kueh itu hendaklah diletak berdekatan dgn api di atas selama 8-10 min.

setelah ia baru dialih ditengah2, selama 5 min.(150 deg cel).


Oleh Jeihan

No comments: