Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, January 8, 2009

Mengukur Tepung Dengan Cawan.

Mengukur Tepung Dengan Cawan.

Terdapat banyak buku resipi yang kita lihat menunjukkan banyaknya tepung yang diperlukan dengan menggunakan ukuran cawan. Ini adalah untuk menyenangkan suri rumah yang tidak mempunyai alat penimbang didalam rumah , dan ukuran dengan cawan adalah agak mudah

Walaubagaimanapun terdapat beberapa masalah yang mungkin dihadapi akibat cara mudah ini. Penggunaan saiz cawan yang tidak standard akan mengubah sukatan tepung yang diambil. Masalah yang kedua adalah perbezaan banyaknya tepung yang akan muat di dalam sebuah cawan sekiranya ia dimampatkan atau tidak.

Secara umumnya kandungan tepung di dalam cawan akan termampat sekiranya kita menggunakan cawan itu sendiri untuk mencakup tepung dari sebuah bekas yang lebih besar. Ianya juga akan termampat sekiranya kita menekan tepung di dalam cawan sebelum meratakannya di paras bibir cawan. Dalam keadaan ini berat tepung yang akan disukat adalah 5 oz atau 142 gram .

Sukatan cawan yang tidak dimampatkan boleh dilakukan dengan membubuh tepung ke dalam bekas sukatan dengan sebuah senduk yang lain kemudian diratakan searas dengan bibir cawan tanpa dimampatkan atau ditekan. Di dalam keadaan ini berat tepung di dalam cawan yang disukat sedemikian adalah 4 oz atau 113 gram.

Sukatan mana yang akan anda gunakan di dalam resipi anda.? Sekiranya tidak dinyatakan kaedah sukatan cawan yang mana yang patut digunakan anda hendaklah menggunakan sukatan yang tidak dimampatkan iaitu 4oz atau 113 gram. Walau apa sekalipun kaedah yang paling tepat yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan skel penimbang

No comments: