Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, January 8, 2009

NASI BERIANI UDANG - SUMBER malabari nET

Nasi Biriyani Udang


A. Rencah udang

Bahan-Bahan
1. 600 gm udang atau ikan diperap dengan kunyit dan garam,digoreng sedikit , jangan sampai garing

2. bahan -bahan untuk di kisar
a. 8 tangkai lada hijau
b. 4 ulas bawang putih
c. 1 keping halia sebesar ibu jari
d. 1 biji bawang besar

3. Bahan untuk dihiris
a. 1 camca besar jintan putih
b. 1 camca teh serbul kunyit
c. 1 camca beasr serbuk lada hitam
d. 1 tangkai daun ketumbar dihiris
e. 2 tangkai daun pudina dipetik daunnya
(bahan -bahn ini dicampur kedalam bahan-bahan yang di kisar tadi.

4. bahan -bahan untuk ditumis
a. 1 biji bawang besar dihiris halus
b.3 biji buah pelaga
c. 4 kuntum bunga cengkih
d. 1 kerat kayu manis
e. 2 camca besar minyak sapi
f. 2 biji tomato dihiris
g. 1/2 cawan air
h. 2 camca teh garam
i. 10 biji gajus dan 10 biji badam dikisar

Cara memasak
Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis yang disatukan dengan bahan kisar tadi. Bila naik baunya, masukkan tomato dan 1/2 cawan air. Kemudian masukkan badam dan gajus yang dikisar. Bila mendidh masukkan udang dan padamkan apinya. siap masak

B. Nasi

Bahan-bahannya
600gm beras basmati, basuh dan toskan airnya
9 cawan air
2 camca teh garam
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kerat kayu manis
2 helai daun pandan
1 camca besar air mawar

Cara membuatnya
Masukkan bahan-bahan tadi kedalam periuk kecuali air mawar dan beras, dan panaskan,Apabila mendidih masukkan beras serta air mawar. Bila beras separuh masak(mendidih) toskan airnya.

C. Cara Memasak
Sapi minyak sapi didalam periuk. Kemudian masukkan beras dan rencah udang secara lapis demi lapis sehingga habis. Letakkan diatas api yang kecil untuk dimasak secara perlahan. Tebuk 3-4 lubang dengan senduk didalam nasi tadi dan masukkan pewarna kuning didalam lubang tersebut. Taburkan daun ketumbar dan pudina yang dihiris. tebuk sekali lagi 3-4 lubang hingga ke periuk supaya panasnya naik ke atas. Panaskan sehingga masak dan hidangkan

No comments: