Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, February 10, 2009

Sweet Corn Muffin

Sweet Corn Muffin dari resepi Mat Gebu

Bahan-bahan ( 12 - 14 biji )

110 g mentega
30 g gula halus
6 camca besar "Golden Syrup"
2 biji telur Gred A
165 g tepung gandum*
90 g tepung jagung*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
120 ml susu segar
100 g jagung manis dalam tin

Cara-cara
Satukan mentega, gula dan "Golden Syrup" dan pukul hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur.
Turunkan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu hingga habis. Gaul hingga rata.
Dengan menggunakan spatula, gaul jagung manis bersama adunan sehingga rata.
Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit, bergantung pada oven masing.

1 comment:

zuwaidah said...

rajinnya buat muffin nih....bak sikit hehehehhehhe