Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Sunday, April 26, 2009

COOKIES 2009




Biskut Strawberi Susu

Bahan A
125 gm mentega
1 sudu besar shortening
50 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen straberi
35 gm inti straberi
Bahan B
20 gm kelapa kering
30 gm kuaci tembikai (bakar dan kisar)
30 gm oat (bakar dan kisar)
1 sudu besar coffeemate
1/2 sudu besar tepung beras
35 gm tepung jagung
130 gm tepung gandum
Bahan Hiasan
80 gm susu tepung
30 gm gula aising
Cara menyediakan:
1. Putar bahan A sehingga sebati. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati. Uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap mengikut acuan.
3. Bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit. Sejukkan biskut.
4. Satukan susu tepung dan gula aising. Kemudian golek-golekkan biskut tadi ke dalamnya.




Kepingan Coklat Spanish

Bahan A
300 gm mentega
120 gm gula kastor
secubit soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila


Bahan B
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar milo
2 sudu besar tepung beras
20 gm serbuk badam
2 sudu besar coffemate
30 gm nestum (dikisar)
150 gm tepung jagung
150 gm tepung gandum


Bahan Hiasan
Coklat Masakan
Coklat putih


Caranya
1. Putar bahan Ahingga sebati. Masukkan bahan B ke dalam adunan mentega dan gaulkan sebati hingga menjado doh.
2. Canai doh dan terapkan mengikut acuan. Bakar pada suhu 150C selama 15-20 min.
3. Biarkan biskut sejuk seketika. Kemudian celupkan permukaan biskut ke dalam coklat putih dan biarkar keras.
4. Hiaskan dgn coklat masakan.

No comments: