Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Wednesday, June 3, 2009

FRUIT TART -- resepi en mat gebu

FRUIT TART


Bahan-Bahannya :-)
1 bahagian sweet pastry (boleh rujuk sini)
Pastry cream (resipi di bawah)
Coklat cair secukupnya
Strawberry*
Blueberry*
Kiwi*
Apricot dalam tin*(*antara buah2an yang boleh digunakan)
Sedikit piping jelly jernih utk mengglis tart

Bahan Pastry Cream :-)
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

Cara membuatnya :-)

UNTUK KULIT TAT :- Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
UNTUK PASTRY CREAM :- Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.
UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan...

No comments: