Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Wednesday, June 3, 2009

INCHE KABIN (AYAM GORENG KARI) -- resepi en mat gebu

INCHE KABIN (AYAM GORENG KARI)

Inche Kabin atau "Ayam Goreng Kari", resipi khas nyonya peranakan Pulau Pinang, berbeza dengan Nyonya Melaka, nyonya peranakan Pulau Pinang lebih terpengaruh dengan gaya masakan Siam, Burma dan negera2 sebelah utara semenanjung.....

Bahan-Bahannya :-)
4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)

Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!)

No comments: