Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, June 4, 2009

LAKSA PENANG IKAN PARANG

kuah..

Photobucket

ikan parang or ikan selangat or ikan tamban or ikan sardin kat pasar tu (bukan sardin tin tau)
kalau suka pekat letak le banyak sikit ikan tu...
daun kesum
belacan
bunga kantan
hirisan lengkuas..jangan banyak nanti bau kuat sangat
bawang besar dan bawang merah
cili kering...sangan tanpa minyak...pastu blend...halus ikut kepedasan masing2
belacan
garam
sedikit gula melaka..coz i tak pakai tok aji
asam keping...banyak sikit baru masam...

caranya

ikan disiang...dan direbus bersama sebahagian asam keping sampai ikan masak
asing kan isi dan tulang...pasti benda hitam kat isi ikan tu dibuang..kalau tak kuah rasa hanyir....

kisar halus isi ikan....kalau ikan parang or selangat dan tamban.. terus je kisar semua tak payah asingkan isi dan tulang..
tapis dan ayak isi ikan.....pasti tulang tidak termasuk dalam kuah semasa mengayak.....bahasa pasar lak

dalam periuk rebus isi ikan bersama air

bawang merah dan bawang besar dikisar halus bersama belacan dan asam keping yang digunakan untuk merebus ikan tadi

masukkan bahan ini kedalam isi ikan dan masak sampai mendidih
sementara itu masukkan daun kesum, hirisan lengkuas, asam keping, bungan kantan dibelah 2, serbuk cili kering, garam, gula.
masak lagi sampai mendidih.....

angkat dan hidangkan ketika kuah panas bersama ulaman dan telur rebus...

ulaman
daun selum
timun
nenas
bawang besar
limau kasturi
daun gajus
cili padi
telur rebus

No comments: