Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, July 7, 2009

BERGEDIL DAGING

BERGEDIL DAGING

Bahan-bahannya

1 kilo kentang, dikupas kulitnya , dipotong bulat goreng
300 gram daging cincang
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cawan bawang goreng
secekak daun bawang & daun sanderi, dicincang
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih
garam secukup rasa


Cara-caranya


1. Kentang goreng ditumbuk lumat.


2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada . Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.


3. Campurkan daging tadi dengan kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng, daun cincang. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil.

4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil dalam 2 biji putih telur yan dipukul kembang dan goreng. Untuk pastikan bergedil elok bulat , jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah

No comments: