Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, July 7, 2009

ROTI BERINTIKAN DAGING











gambar ni sahaja copy dari blog en mat



jom share apa yangpatut..roti berintikan daging

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bahagian basic bread dough...
4 keping keju chesdale


RESEPI BASIC BREAD

BAHAN-BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 - 1 1/2 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
Keluarkan doh dan bagi kepada 4 - 5 bahagian yang sama besar (bergantung pada saiz tin masing2), uli 5 minit setiap bahagian, canai dan sapu bluberry filling secukupnya, gulung seperti swiss roll dan alihkan ke dalam "mini loaf pan" yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Boleh lihat disini contoh mini loaf pan....
Biar naik 1 jam dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong...

INTI
200 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*tumbuk lumat)
1 camca teh serbuk cili
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1/2 cawan pati santan
1/2 camca besar gula
1 tangkai daun kari
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam secukup rasa
1/2 cawan air


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, bahan tumbuk, serbuk cili dan rempah kari hingga wangi, tuang sedikit air. Gaul rata dan masukkan daging dan kacau hingga rata.
Bila daging kecut, tambah santan dan baki air, masukkan sedikit garam dan gula, kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga inti kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan gaul rata, angkat dan sejukkan.
UNTUK ROTI :- Bahagi doh kepada 4 bahagian sama besar, ambil 1 doh canai 4 persei berukuran 7 x 9 inci. Ratakan inti dan tinggal kan ruang ditepi2 doh (seperti dalam gambar), keju tadi dipotong 4 dan susun, gulung kemas dan ketak2. Perelokkan bentuknya dan alih ke dalam mini loaf pan yang telah dilenser dengan mentega. Buat hingga siap. Boleh rujuk pada gambarajah..
Biar 1 jam hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Sejukkan roti atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong...

No comments: