Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Sunday, December 6, 2009

RINDU DAN SUNYI.......kenangan yang tak mungkin datang lagi

masih merindui belaian seorang ibu....begitu cepat allah menjemputnya....sesungguhnya allah lebih menyanyangi nya....titisan titisan air mata bercucuran mengalir laju dan ada kalanya perlahan mengenangkan kenangan bersama arwah ibu....

aku kini kehilangan 2 ibu yang amat disayangi...arwah ibu mertuaku telah kembali kerahmatullah pada 14 Zulkaedah 1426 - JUMAAT (16 disember 2005) dan arwah ibu ku pada 16 Zulkaedah 1430 - RABU (04 november 2009)....2 IBU yang begitu disanjungi dan disayangi telah pergi meninggalkan kami dengan 1000 kenangan...tak mungkin dapat dicari ganti...hingga kehujung nyawaku...

begitu banyak perancangan kami...tapi semua nya tinggal kenangan...adakalanya bila bersendiri....sedih aku mengenangkan....semua begitu pantas terjadi...

TAPI KAMI REDHA DENGAN PEMERGIAN IBU IBU TERCINTA... semoga damai dan tenang di sana..

ALFATIHAH untuk allahyarhamah BUMAH BINTI BAHARUM dan allahyarhamah WARSINAH BINTI MAIUN

No comments: