Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Friday, October 5, 2012

Jom kita TERBANG KE TOKYO... makan SUSHI pula

bila hati berbunga dengan 1000 mood rajin.. maka datanglah berbagai idea kat dalam otakku.. untuk menyediakan menu lain daripada lain... Terfikir aku mau buat SUSHI.. kebetulan semua bahan bahan untuk membuat sushi ada di rumah ....

buka peti ais ...


SEMUA bahan ada.. 

jom memasak


nak buat sushi.. kena lah pakai kimono


maka terhasil lah.. SUSHI hasil dari air tangan ku .. untuk suami tersayang... 










SUMBER RESEPI SUSHI DARIPADA 

RESEPI MAKIZUSHI @ SUSHI ROLLS
source : hanamemorie.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Nasi Jepun
  • 3 cawan beras jepun
  • 31/4 cawan air
  • 1/3 cawan cuka nasi
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sk garam
Bahan Makizushi
  • Tamagoyaki @ sweet omelete @ telur dadar - potong jejari
  • Timun jepun - potong jejari
  • Salad lettuce
  • Crabstick
  • Mayonis
  • Seaweed secukupnya
  • Syouyu @ kicap jepun
  • Bamboo mat
Cara-cara
  • Cara masak nasi sushi : Basuh beras dengan bersih kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air dan masak seperti biasa. Sementara itu, satukan cuka, gula dan juga garam. Kacau sehingga gula larut (nak cepat larut masak sebentar dengan api kecil). Apabila nasi masak, gaulkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan gaul mesra. (Proses ini perlu dilakukan ketika nasi tengah panas ) .siap sedia utk digunakan membuat sushi atau makizushi.
  • Cara penyediaan makizushi @ sushi rolls : Bentangkan seaweeds di atas bamboo mat. Cedokkan nasi sushi dan ratakan sehingga memenuhi 3/4 seaweeds.
  • Letak sedikit mayonis dan juga salad. Kemudian letak telur, timun di tengah2 juga crabstick.
  • Gulung dengan kemas kemudian potong.
  • Cicah dengan syouyu atau makan begitu sahaja.





No comments: