Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Friday, October 5, 2012

Spaghetti Bolognese




















Bahan-bahan :
spaghetti - direbus sehingga lembut, titiskan beberapa titik olive oil ke dlm air rebusan, jangan le masak sampai lembik.. angkat dan terus di rendam kan ke dalam air ais yang berisi air batu juga.. tujuan nya untuk memberikan rasa kenyal spaghetti itu...

Bahan-bahan kuah :
300 gm daging kisar RAMLY nak lebih dibolehkan 
4 ulas bawang putih - potong dadu
3 hiris nipis halia - mayang halus
1 labu bawang besar... didadu halus
1 biji tomato... didadu
1 tin sos ori prego
3 sudu besar serbuk cili kering yang disangan tanpa minyak terlebih dulu dan kisar halus
1 sudu besar gula melaka.. saya tak guna gula pasir dalam masakan saya
Garam secukup rasa
1 sudu teh oregano
sedikit minyak zaitun untuk menumis

parutan cheese untuk tabu ran 

Cara-cara :
1. Tumiskan bahan bawang, halia sehingga garing
2. Masukkan ayam cincang kacau sehingga air nya kering dan ayam sedikit garing, masukkan sos prego, serbuk cili 

3. Masukkan tomato, kacau sebentar, masukkan garam, gula  dan angkat..

4. Hidangkan bersama oregano dan parutan cheese.. 

selamat menjamu selera.. muahhhh

No comments: