Sebenarnya.. dah lama aku tidak membuat roti jala nie.. tapi bila mood rajin muncul.. macam macam nak buat...
ROTI JALA menu sihat tanpa santan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
sedikit garam
sedikit minyak zaitun
CARANYA
campurkan kesemua bahan di atas dan tapiskan.. kemudian perapkan adunan selama 1 jam.. selepas itu boleh lah kita mula menjala.... guna kuali tak melekat.. just sapu sedikit minyak untuk yang pertama.. atau tak sapu minyak pun tak apa.. sebab ianya tak akan melekat..
jom tengok roti jala ku..
Allah menjadikan sesuatu ujian untuk manusia pada perkara yang mampu dilaluinya, bermakna, kalau ada ujian, sebenarnya ujian itu kita pasti mampu mengatasinya. Di dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:- Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. (Surah at-Talaq ayat 7)
Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I
Tangan diangkat dan dirapatkan ::::::
” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu.
Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku.
Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “
1 comment:
sedapnya! eta dah beli acuan utk buat roti jala ni tp smp skrg belum menjala kih3
Post a Comment